Resepi Corndog Cheese Roti Gardenia: Rangup, Mudah & Cheese Tarik Padu!

Korang teringin nak makan corndog ala Korea tapi malas nak uli tepung? Ni Akak kongsikan rahsia buat corndog paling 'malas' tapi paling menjadi dalam dunia. Kita guna roti putih je! Luar dia tetap rangup krup-krap, tapi dalam dia mozzarella cair yang boleh tarik sampai ke telinga. Jom cuba!

Resepi Corndog Cheese Roti Gardenia Dapur Bujang

Masa Penyediaan: 10 minit
Masa Memasak: 5 minit
Jumlah Masa: 15 minit
Anggaran Bajet: RM8 - RM12
Peralatan: Kuali & Lidi Sate
Hidangan: 2-3 orang

🧂 Bahan-bahan

  • 5 keping roti putih (Gardenia atau apa-apa jenama)
  • 5 batang sosej (direbus sekejap)
  • Block Mozzarella cheese (potong memanjang sama saiz sosej)
  • 1 biji telur (dipukul)
  • 1 cawan serbuk roti (Breadcrumbs - warna oren lagi cantik)
  • Lidi sate secukupnya
  • Sos cili, mayonis & mustard


👨‍🍳 Cara Memasak

  1. Sediakan Inti: Cucuk sosej dan mozzarella pada lidi sate. Pastikan mozzarella di bahagian atas.
  2. Gelek Roti: Ambil sekeping roti, buang bahagian tepi (optional) dan gelek bagi nipis/leper guna botol atau penggelek.
  3. Balut: Letakkan lidi sosej-cheese tadi di atas roti. Sapukan sedikit telur di hujung roti sebagai 'gam' dan gulung roti dengan kemas sehingga menutupi semua bahagian sosej & cheese. Tekan-tekan sikit bahagian hujung supaya tak terbuka.
  4. Salutan: Celupkan roti tadi ke dalam baki telur, kemudian golekkan dalam serbuk roti sampai rata.
  5. Goreng: Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga warna coklat keemasan. Jangan lama sangat, cukup sekadar cheese kat dalam tu cair.
  6. Hidang: Picitkan sos cili, mayonis dan mustard mengikut kreativiti korang!


🔥 Tips Dapur Bujang

  • Cheese Tak Keluar: Pastikan korang balut roti tu rapat-rapat dan 'seal' bahagian atas dan bawah dengan telur supaya cheese tak bocor keluar masa goreng.
  • Api Sederhana: Jangan guna api terlalu besar sebab serbuk roti cepat hangus sebelum cheese kat dalam sempat cair sepenuhnya.


🍱 Tips Penyimpanan Bahan Lebih

  • Simpan Frozen (Sebelum Digoreng): Jika corndog yang sudah disalut serbuk roti tidak habis dimasak, susun di dalam bekas kedap udara dengan lapisan plastik di antaranya supaya tidak melekat. Simpan di dalam freezer dan ia boleh bertahan sehingga 2 minggu. Goreng terus secara deep-fry dalam keadaan beku menggunakan api kecil-sederhana.
  • Baki Roti Putih & Keju: Sentiasa ikat baki roti putih dengan kemas untuk mengekalkan kelembutannya. Bagi baki blok mozzarella cheese, balut semula dengan cling wrap dengan sangat rapat sebelum disimpan di dalam peti sejuk bahagian chiler untuk mengelakkannya menjadi kering atau berkulat. Gunakan dalam tempoh 1 minggu.
  • Panaskan Semula Corndog Siap Goreng: Jika corndog yang telah digoreng sudah sejuk, jangan goreng semula dalam minyak kerana ia akan menyerap minyak berlebihan. Masukkan ke dalam Air Fryer pada suhu 180°C selama 3 hingga 5 minit untuk mengembalikan kerangupannya dan mencairkan semula cheese di dalam.

Baca Juga: Resepi Air Lemon Pudina Detox: Segar, Sihat & Cuci Lemak!

Senang je kan? Lepas ni tak payah beli kat mall dah. Buat sendiri kat rumah lagi puas hati sebab boleh letak cheese tebal-tebal. Selamat mengunyah bos!

Post a Comment

Previous Post Next Post